Sosej Istimewa

Ramuan / Bahan

2 sudu besar mentega
1 sudu besar madu
1 sudu besar sos tomato
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
300 gm sosej kecil Bahan-bahan lain:
Keju Cheddar (dipotong segi empat sederhana besar)
Lidi koktel
Timun (dihiris kecil)

Cara-cara

Masak mentega bersama madu, sos tomato, garam, serbuk lada hitam dan sosej kecil di dalam kuali di atas api sederhana hingga sosej masak. Bungkus sebiji sosej dengan keju Cheddar. Kemudian kemaskan ia dengan lidi koktel dan bubuh timun di atasnya. Buat hingga habis keju dan koktel.