Sambal Udang

Ramuan / Bahan

½ kilo udang, sederhana besar
¼ cawan minyak
5 camca besar cili boh
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih 1 batang serai
½ cawan air asam jawa
1 camca teh garam
1 camca besar gula
5 helai daun limau purut

Cara-cara

Kisar bawang besar, bawang putih dan serai hingga lumat. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama cili boh hingga wangi. Masukkan air asam jawa dan garam. Kacau hingga rata. Apabila pecah minyak baru masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan daun limau purut dan gula. Kacau hingga rata. Setelah cukup masak baru angkat dan hidangkan.