Sambal Tumis Sotong

Ramuan / Bahan

Bahan A:dikisar
20 cili kering
2 biji bawang besar

1 keping asam keping
3 camca sos cili
asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
air
3 camca minyak

sotong besar (berwarna kuning)

Cara-cara

1.Kisar/Tumbuk bahan2 sehingga hancur.
2. Bersihkan sotong dan potong ikut selera.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak..
4. Apabila minyak sudah panas, tumis bahan A yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan minyak.
5. Masukkan asam keping dan sedikit air asam jawa.
6. Masukkan gula mengikut rasa.
7. Masukkan garam mengikut rasa.
8. Apabila mendidih, masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi.
9.Masukkan sedikit air dan gaul hingga rata.
10. Tutup kuali sehingga sotong masak.
11. Hidangkan.