Sambal Sotong Merah

Ramuan / Bahan

1kg sotong (cuci bersih)
5 sudu teh gula
1 sudu teh garam
2cm belacan (lebih kurang besar ibu jari)
Air asam jawa secukup rasa
Minyak untuk menumis (kalau diet, kurangkan minyak) Bahan kisar:
5 sudu makan bawang
3 sudu makan cili kering

Cara-cara

1) Panaskan minyak dalam kuali, masukkan cili + bawang yang telah dikisar dan belacan. Masak sehingga pecah minyak.
2) Masukkan gula, garam dan sotong.
3) Masak sehingga pekat.
4) Angkat dan hidang