Sambal Sotong

Ramuan / Bahan

½ kg sotong sederhana besar
20 tangkai cili kering (dikisar)
8 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah
2 batang serai (dititik)
150 gm asam jawa (diperahkan airnya)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan sotong dan rebus di dalam air mendidih selama 3 minit, angkat dan rendamkan di dalam air sejuk.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan.

Masukkan cili kering dan tumis lebih kurang 20 minit. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan sotong yang telah direbus dan kacau lebih kurang 5 minit.

Sebelum menghidang, hiaskan mengikut cita rasa masing-masing.