Sambal Sotong

Ramuan / Bahan

600 gm sotong kembang
2 sudu besar asam jawa
2 sudu kecil gula
1 ½ sudu kecil garam
3 biji bawang besar (dihiris cincang) Bahan-bahan kisar:
200 gm cili kering
50 gm udang kering
80 gm bawang putih
20 gm belacan

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak. Gorengkan bawang besar yang telah dihiris tadi sehingga menjadi kekuning-kuningan. Setelah itu masukkan Bahan-bahan kisar tadi. Tumiskan bersama sehingga terbit minyaknya. Setelah itu, masukkan sotong kembang, asam jawa, gula dan garam. Tumiskan semula hingga benar-benar rata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.