Sambal Sotong

Ramuan / Bahan

½ kg sotong sederhana besar
20 tangkai cili kering - dikisar
8 ulas bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar 6 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - dititik
150 gm asam jawa - diperah airnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan sotong dan rebus di dalam air mendidih selama tiga minit, angkat dan rendam di dalam air sejuk. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan. Masukkan cili kering dan tumis lebih kurang 20 minit. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sotong yang telah direbus dan kacau lebih kurang lima minit. Sebelum menghidang, hias mengikut citarasa masing-masing.