Sambal Kerang

Ramuan / Bahan

Bahan A:
500 gm kerang

Bahan B:
100 gm udang kering (di tumbuk)
2 camb sos tiram
2 camb cili sos
2 camb sos tomato
3 camb cili boh
10 tangkai cili api (di cincang halus) Bahan C:
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
½ inci halia

Lain-lain bahan:
1 senduk minyak masak

Cara-cara

1. Kerang hendaklah dibersihkan dan dicelur kemudian buang kulitnya sebelah sahaja.

2. Panaskan minyak, goreng Bahan C sehingga wangi kemudian masukkan Bahan B goreng sehingga masak (lebih kurang 10minit). Akhir sekali masukkan kerang. Goreng lebih kurang 5 minit tutup api dan hidangkan.