Sambal Hati Dan Udang

Ramuan / Bahan

2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
1 mangkuk santan, daripada sebiji kelapa
300 gm udang hidup
300 g daging atau hati lembu
Sedikit air asam jawa
½ cawan minyak
Gula dan garam secukupnya
7 tangkai cili merah, dihiris 7 tangkai cili hijau, dihiris
3 biji bawang besar, dihiris
5 ulas bawang putih, dihiris
1 batang serai, dihiris
2.5 lengkuas, dihiris
30 gm cili kering, digiling
13 biji buah keras, digiling
Sedikit belacan, digiling

Cara-cara

Bawang besar, bawang putih, ditumis hingga kuning. Masukkan bahan-bahan giling, kecuali buah keras dan kacau hingga garing. Kemudian masukkan daging dan udang. Kacau sebentar. Masukkan buah keras, santan dan bahan-bahan hiris. Kacau lagi. Masak separuh kering, masukkan air asam jawa, daun limau purut, daun salam, garam dan gula. Apabila kuah pekat baru diangkat.