Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Goreng Rendang Darat

Ramuan / Bahan

200 gm udang sederhana besar
100 gm kacang panjang
5 bungkus tempe
3 sudu besar kerisik kelapa
2 cawan santan pekat 8/ biji cili hijau
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
2 cm halia-ditumbuk halus
2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara

Buang kulit udang, cuci bersih. Potong kacang 3 cm panjang. Tempe dipotong sederhana kecil. Tumiskan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus serta hirisan bawang merah kecil hingga kuning. Kemudian masukkan hirisan cili hijau. Gaul rata dan masukkan udang, serbuk kunyit dan tempe. Tumis sebentar dan masukkan pula santan pekat. Selepas itu masukkan garam, kerisik kelapa dan kacang panjang. Kecilkan api dan biarkan santan tadi kering dan kesemua bahan menjadi lembut. angkat dan hidangkan.