Sos Spageti

Ramuan / Bahan

2-3 biji tomato (lagi merah lagi bagus)
½ botol sos tomato
3-400 gram daging cincang (boleh diganti dengan daging burger)
2 biji bawang besar/kuning
serbuk lada
gula
garam & perisa

Cara-cara

tebuk tomato dengan garfu(5-6 kali), kemudian rebus selama 5 minit, kulit tomato akan mengelupas, biarkan sejuk dan kemudian kupas kulit dan potong dadu.

masukkan minyak masak dalam kuali cukup untuk tumis bawang sehinngga lembut dan agak lutsinar. kemudian masuukan daging cincang. pastikan daging digaul sebati bagi mengelakkan daging berketul. kemudian masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi. kemudian masukkan sos tomato dan sedikit air. masukkan perisa serbuk lada, gula, garam dan serbuk perisa mengikut cita rasa masing-masing. renehkan sehingga pekat. sedia untuk dihidangkan.