Rendang Kerang

Ramuan / Bahan

200 gm isi kerang
1 cm halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
1 keping asam keping
Serbuk kunyit Garam
2 cawan santan pekat
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah kari ikan
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit (hiris nipis)

Cara-cara

Kisar halus bawang kecil, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam kuali bersama cili kering, rempah, serai, serbuk kunyit, santan dan asam keping.

Biar mendidih dan kuah pekat baru masukkan kerang. Masak hingga kering sambil dikacau selalu supaya tidak melekat.

Masukkan daun kunyit dan masak sebentar baru diangkat.