Pindang Rempah

Ramuan / Bahan

500 gm sebarang jenis ikan (disiang & dihiris)
3 camca minyak makan
2 ulas bawang putih (dicincang)
6 ulas bawang merah (dihiris)
1 labu besar bawang besar (dicincang)
1 batang serai (dihiris)
2.5 cm halia ` 2.5 cm lengkuas
4 helai daun limau purut
½ cawan air
½ cawan badam giling
Garam secukup rasa
2 camca air limau nipis

Cara-cara

Pijarkan minyak & goreng bawang putih & bawang merah hingga garing. Masukkan bawang besar, bahan giling & serai. Goreng hingga keluar minyak.Masukkan halia,lengkuas,daun limau purut & air. Biarkan hingga mendidih & masaklah selama 10 minit. Masuklah hirisan-hirisan ikan, badam & garm secukup rasa. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan hingga ikannya masak. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya.Hidangkan segera dengan nasi putih.