Pengat Masin

Ramuan / Bahan

500 gm sebarang ikan putih (disiang & dibiarkan seekor)
air dari sebiji limau nipis
Garam & lada sulah secukup rasa
600 ml pati santan
3 batang lada merah (dibelah dua memanjang)
2 helai daun kemangi 1 batang serai (dititik)
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur

Bahan Giling:
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji buah keras
2 hiris halia
1.2 cm lengkuas
2.5 cm kunyit hidup

Cara-cara

Gaulkan semua bahan kecuali ikan & asam gelugur dalam sebuah kuali mungkum. Kacau di atas api hingga mendidih. Masukkan bahan-bahan selebihnya.
Kecilkan api & biarkan mendidih perlahan-lahan hingga ikan masak. Kuahnya hendaklah pekat. Keluarkan asam gelugur & serai.Hidangkan panas-panas dengan nasi putih, sayur-sayuran goreng telah masak.