Masak Lemak Udang

Ramuan / Bahan

ΒΌ kg udang
6 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 labu bawang besar
2 batang serai
8 biji buah belimbing buluh (jika ada)\ 3 keping asam gelugur
2 biji buah tomato
1 camca kecil paras serbuk kunyit
1 biji kelapa kelapa atau 1 paket santan serbuk
Garam secukup rasa

Cara-cara

Udang dipotong hujung kepala dan ekornya. Kelapa diparut dan dijadikan dua cawan santan cair dan 3/4 cawan pati. Cili dibelah empat sampai putus dan buang bijinya separuh. Bawang dan serai dihiris nipis-nipis. Belimbing dibelah dua dan buah tomato dibelah empat. Masukkan ke dalam periuk bahan-bahan seperti udang, santan cair, cili, serai, asam gelugur, serbuk kunyit, garam dan bawang. Masak sampai mendidih, baru dimasukkan belimbing. Kacau selalu, apabila sudah pekat sedikit baru masukkan pati santan. Akhir sekali masukkan buah tomato.