Masak Kicap Udang Berhias

Ramuan / Bahan

2 ekor udang galah
½ cawan kicap manis
3 sudu besar tomato sos
4 labu bawnag besar - dimayang bulat
3 ulas bawang putih - dimayang
2 senduk minyak kelapa 1 batang lobak merah
1 ikat daun kucai
4 keping tauhu
2 sudu teh lada sulah serbuk
2 biji cili merah - dimayang
Gula, garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara-cara

Udang galah dibersihkan. Pijarkan 1 senduk minyak ke dalam kuali dan gorengkan udang galah sebentar. Selepas itu angkat dan ketepikan. Lobak merah dikikis dan diparut kasar-kasar. Tauhu dipotong kecil dan digoreng hingga garing. Daun kucai dipotong sepanjang 1.2 sm. Tambahkan 1 senduk lagi minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih. Setelah garing masukkan udang yang telah digoreng. Balik-balikkan sebentar dan masukkan pula kicap, tomato sos, gula, garam, ajinomoto dan lada sulah. Goreng-gorengkan hingga rata. Setelah itu masukkan tauhu, bawang besar, lobak merah, daun kucai dan cili merah. Goreng lagi tetapi jangan terlalu empuk. Kemudian angkat. Semasa menghidang bubuhkan udang dahulu di dalam pingggan kemudian curahkan kuah bersama-sama dengan sayurnya sekali di atas udang tersebut.