Makanan Laut Goreng Bercili

Ramuan / Bahan

3 ekor udang besar
4 ekor tiram
2 ekor sotong
1 ekor ketam
1 ½ sudu besar pes cili 2 tangkai daun bawang (dipotong kecil)
½ biji bawang besar (dihiris nipis)
2 tangkai daun sup (dipotong kecil)
1 biji cili merah (ditumbuk)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Udang dibuang kulit, sotong dipotong kecil dan ketam dipotong dua.

Bersihkan kesemuanya dan rebus. Panaskan sedikit minyak dan tumis pes cili, cili merah dan bawang besar.

Masukkan udang, tiram, sotong dan ketam. Gaul sehingga ia rata dan masukkan daun bawang dan daun sup.

Rasakan garamnya dan hidangkan.