Makanan Laut Digoreng Dengan Sos Ulam

Ramuan / Bahan

Bahan Sos Ulam:
30 tangkai cili padi
5 batang serai
5 cm halia
10 ulas bawang putih
150 gm bawang merah
10 tangkai cili merah
100 gm daun ketumbar
2 labu bawang besar
3 helai daun limau purut
2 cawan sos tomato
2 cawan sos cili
3 sudu besar cuka
3 sudu besar sos ikan
5 sudu besar gula
4 cawan air
5 cawan minyak masak 3 biji bebola sotong
100 gm kepah
100 gm lala buluh
100 gm udang
100 gm kerang
100 gm kupang
100 gm sotong putih (dimayang kasar)
2 biji capsicum (dipotong menyerong selebar 2 cm)
2 batang saleri (dipotong bulat)
100 gm bunga kubis (dipotong 5 cm)
100 gm kacang panjang (dipotong bulat)
1 tongkol jagung (dipotong 3 cm)
100 gm daun ketumbar (dicincang kasar)
1 ulas bawang putih (dicincang kasar)

Cara-cara

Untuk membuat Sos Ulam, cili padi, serai, halia, bawang merah, bawang putih, cili merah, daun ketumbar, bawang besar & daun limau purut dikisar separuh lumat. Panaskan minyak & tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga kekuningan. Masukkan air, sos tomato, sos cili, cuka, sos ikan, gula serta garam. Kacau sehingga mendidih. Angkat. Untuk masak makanan laut, panaskan minyak di dalam kuali & tumis bawang putih hingga naik baunya. Masukkan bahan-bahan makanan laut & kacau hingga separuh masak. Masukkan sayur & sos ulam & masak selama 3 minit. Angkat & hidang panas-panas.