Sirloin Steak

Ramuan / Bahan

500gm daging steak (sirloin)
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil madu/gula
1 sudu besar sos plum Bahan Kisar
1 sudu kecil lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawah merah
1 batang serai
1 inci halia

Cara-cara

Daging dipotong lebar setebal 1cm(1/2 inci). Cara terbaik beli saja kepingan sirloin steak yang telah siap dipotong. Gaulkan semua bahan yang disediakan dan perapkan empat atau lima jam.

Masukkan semua bahan ke dalam non stick pan dan tutupkan dengan tudung. Masaklah di atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut. Angkat daging dan sediakan bawang saute

Untuk bawang saute, goreng bawang dengan sedikit kicap dan renihkan beberapa minit. Angkat dan tuangkan ke atas steak