Makanan Laut Campuran Sayur Piring Panas

Ramuan / Bahan

200 gm sotong (dipotong sederhana)
200 gm udang (dibelah belakang)
200 gm isi ikan siakap (dipotong halus)
1 pokok daun bawang
2 biji cili merah
50 gm brokoli 1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
5 ulas bawang putih (dimayam halus)
½ sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar minyak masak
½ sudu besar tepung jagung

Cara-cara

Goreng bawang putih dengan minyak masak sehingga kuning. Kemidian masukkan bahan-bahan seperti sotong, isi ikan dan goreng sampai masak.

Masukkan bahan perasa sos tiram dan kicap cair. Masukkan sayur dan goreng seketika. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.

Piring besi dibakar hingga panas dan masukkan bahan-bahan yang telah dimasak tadi.