Lemak Ketam

Ramuan / Bahan

½ kg ketam dibersihkan
8 ulas bawang merah
2 hiris lengkuas
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji kelapa diparut dan diambil santannya 6 tangkai cili kering dikisar
2 keping asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Cara-cara

Tumbuk bawang merah dan lengkuas. Campurkan bersama cili kisar, masukkan ke dalam santan. Panaskan kuah di atas api perlahan, setelah kuah mendidih masukkan asam keping dan ketam yang telah dibersihkan. Biar lagi sehingga mendidih, masukkan garam dan gula. Setelah ketam masak, angkat dan hidangkan.