Ketam Tumis Bernenas

Ramuan / Bahan

6 ekor ketam (dibersihkan)
½ biji nenas muda (dipotong kecil2)
3 senduk cili kering yg telah dikisar
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 biji kelapa (ambil 2 cwn santan pekat)
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
Minyak utk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan halia hingga kekuningan.
2) Setelah naik bau masukkan cili mesin (kalau suka pedas boleh tambahkan lagi cili tue). Tumiskan sehingga cili garing.
3) Masukkan santan pekat dan ketam. Biarkan hingga mendidih baru dimasukkan nenas. Biarkan seketika.
4) Akhir sekali masukkan daun kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan.