Ketam Tumis Ala Kari

Ramuan / Bahan

Bahan A :
(untuk ditumbuk halus)

3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
2 batang serai - dihiris halus-halus dan ditumbuk bersama



Bahan B (utama) :

1 kilo ketam
1 biji limau nipis - diperah airnya
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 mangkuk kecil air
garam secukup rasa
serbuk perasa atau Maggi seasoning (jika suka

Cara-cara

Tumiskan bahan-bahan A dan serbuk kunyit sehingga naik bau. Masukkan ketam, perahan limau dan gaulkan bahan tumisan hingga rata. Kemudian, tuangkan sos cili, kicap, garam dan serbuk perasa (jika suka) secara bergilir-gilir. Tambahkan air dan biarkan ianya mendidih sambil digaul.