Ketam Sweet & Spicy

Ramuan / Bahan

1 kilo ketam-dibersihkan
2 biji tomato - dibelah
1 @ 2 biji telur
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu sos tiram

sedikit air
Bahan tumis:

3 labu bawang merah }
3 bawang putih } ditumbuk
3 batang cili kering }
2 cm halia } dimayang
1 batang serai } dititik
1 labu bawang besar } dibelah besar
garam dan perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan kuali, masukan minyak dan bahan tumis.
2. Setelah naik baunya. masukan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masukan air. Setelah mengelegak masukan bahan perasa dan garam berserta dengan buah tomato.
3. Masukan ketam. biarkan selama 2 minit dan masukkan telur dan digaul-gaulkan supaya telur larut dalam sos dan isi ketam. Biarkan sekejap dan tutup apinya.