Ketam Sos Tomyam

Ramuan / Bahan

4 ekor ketam
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih
2 sudu besar tomyam paste (apa-apa jenama)
2 sudu besar cili (yang dikisar)
3 pelepah daun kari
1 inci halia (dihiris)
1 cawan air asam jawa

Cara-cara

1. Tumis bawang besar yang dihiris, apabila kuning masukkan cili kerindan bawang putih yang ditumbuk.

2. Masukkan halia hiris, apabila semua bahan sudah garing, masukkan daun kari dan tomyam paste.

3. Masukkan ketam, digaul rata dan masukkan air asam. Balik-balikkan ketam hingga masak.