Ketam Masak Lemak

Ramuan / Bahan

1 ulas bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 cm halia (ditumbuk)
1 sudu cili boh
1 cawan santan pekat
garam
gula
serbuk perasa
1kg - ketam segar

Cara-cara

Panaskan minyak, masukkan bawang dan halia yang telah dikisar tadi. Masak sehingga naik bau, lepas itu masukkan cili boh. Biarkan seketika.... masukkan santan pekat dan ketam. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Masak sehingga kuahnya menjadi pekat.