Ketam Masak Lemak

Ramuan / Bahan

½ kg ketam
½ biji kelapa atau a/2 peket santan serbuk
15 biji cili api atau cili kering
2.5 sm kunyit hidup 1 batang serai (dititik)
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Ketam dibersihkan dan dipotong dua. Kelapa diperah ambil santannya. Cili api, bawang merah dan kunyit ditumbuk lumat. Setelah itu masukkan santan dan serai ke dalam periuk. Jerangkan di atas api yang sederhana sambil dikacau perlahan-lahan sampai mendidih. Bila telah mendidih masukkan pula ketam sambil dimasak lagi. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Bila ketam telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.