Ketam Masak Lemak

Ramuan / Bahan

1 kg ketam
50 gm cili boh
30 gm halia
30 gm kunyit hidup
70 gm bawang merah
20 gm bawang putih 1 helai daun kunyit
3 batang serai
1 keping asan gelugur
1 biji kelapa
Sedikit serbuk perasa

Cara-cara

Tumis bawang, bawang putih, serai dan cili boh. Masukkan ketam, santan, daun kunyit, kunyit hidup, asam keping dan biarkan mendidih. Kacau sehingga masak. Sebelum diangkat, rasa dan tambah serbuk perasa jika perlu.