Ketam Masak Lada Hitam

Ramuan / Bahan

Bahan A:
6 ekor ketam bunga( bersihkan)
1 sudu bsr kunyit
1 sudu garam
Minyak masak utk menggoreng
(digaulkan bersama)
Bahan B:
½ inci halia
3-4 biji bawang kecil
2 biji bwg putih
1 sudu kecil lada hitam
Minyak utk menumis
(Semua bahan B ditumbuk yer, kalau kisar tak sedap!!)

Cara-cara

1.Bahan A digoreng tetapi jangan terlalu garing.Kemudian angkat dan letak dlm pinggan.

2.Tumiskan bahan B. Pastikan minyak lebih sedikit dari bahan tumis itu supaya bhana yg ditumis tu tidak terlampau kering.Boleh masukkan air jika mahu tetapi kadar yg sedikit shj.Tumis sampai masak tetapi jgn terlampau garing.

3. Kemudian masukkan ketam yg digoreng ke dlm bahan tumis.

4. Jika mahu, masukkan hirisan lada merah dan daun bawang utk hiasan.