Ketam Masak Kuning

Ramuan / Bahan

600 gm ketam
1 cm halia
2 tangkai cili merah
1 biji kelapa, diambil santannya
3 keping asam gelugur 1 batang serai, dititik
1 biji bawang besar
½ camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara-cara

Bersihkan ketam. Belah dua jika suka.

Hiris cili merah, halia dan potong bawang besar bulat-bulat.

Jerang santan dan masukkan serbuk kunyit. Kacau perlahan-lahan.

Masukkan asam gelugur, serai, halia, cili merah, bawang besar dan garam. Kacau lagi.

Masukkan ketam dan kacau hingga masak.