Ketam Masak Kuning

Ramuan / Bahan

600 gm ketam
1 cm halia
2 biji cili merah
1 biji kelapa
3 keping asam gelugur 1 batang serai
1 labu bawang besar
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ketam seekor-seekor. Belah dua jika suka. Hiris cili merah, halia dan potong bawang besar bulat-bulat. Jerang santan dan masukkan serbuk kunyit. Kacau perlahan-lahan. Masukkan asam gelugur, halia, cili merah, bawang besar dan garam. Kacau lagi. Masukkan ketam dan kacau sehingga masak.