Sate Lilit

Ramuan / Bahan

125 gm isi ikan dihalus
125 gm isi udang
60 gm kelapa yang agak muda - diparut
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi
1 biji telur yang kecil
1 sudu kecil air limau nipis
2 sudu besar minyak untuk menumis
10 batang serai 4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 cm halia
3 biji buah keras
½ sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil ketumbar - disangai
2 sudu gula merah
Garam secukup rasa

Cara-cara

Daun limau purut dan cili padi dihiris halus. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi, angkat dan campurkan dengan isi ikan, udang, kelapa parut, daun limau purut, cili padi, air limau, telur dan garam gaul rata. Ambil satu sudu besar adunan lalu ratakan pada pangkal serai dan bentuk lonjong. Panggang sate lilit atas bara api atau atas api gril hingga kekuningan, angkat dan hidangkan.