Ketam Lemak Merah Berjintan

Ramuan / Bahan

5 ekor ketam ( dibersihkan dan potong 2)
Sebiji kelapa ( 1 mangkuk santan )
Sedikit garam, gula dan perasa
sedikit minyak untuk menumis

Dikisar:
4 sudu kecil ketumbar
4 sudu kecil jintan manis
6 tangkai cili kering( bersihkan dan rendam air panas)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm kunyit

.

Cara-cara

1. Masukkan minyak dalam periuk dan tumis bhn yg dikisar. Tumis hingga agak garing dan wangi.
2. Setelah itu masukkan santan hingga mendidih dan masukkan ketam. Kacau hingga ketam masak. Angkat dan hidangkan