Ketam Lada Hitam Ayu

Ramuan / Bahan

6 ekor ketam
100 gm tepung serbaguna
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
4 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram

Cara-cara

Celupkan ketam kedalam tepung serbaguna dan kemudian goreng. Angkat dan ketepikan dahulu.
Kisar bawang putih dan bawang besar. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos lada hitam, sos cili dan kicap pekat ke dalam kuali. Masukkan ketam. Kacau rata sehingga beberapa minit.