Ketam Hokkaido Style

Ramuan / Bahan

4 ekor Ketam
udang kering (ditumbuk sedikit)
2 labu bawang merah besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 ulas bwg merah kecil (dikisar)
5 tangkai cili besar/merah (dikisar)
2 tangkai cili hijau (dikidar)
2 tangkai cili kering (dikisar)
sedikit belacan (dikisar)
3 tangkai daun kari
1 @ 2 sudu serbuk kari
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu mkn gula
garam secukup rasa

Hiasan:
2 tangkai cili kering (dipotong 4)
1 biji bawang besar holland kuning (dipotong bulat)
daun bwg & sup @ ketumbar(ikut suka)

Cara-cara

Bersihkan, garam dan kunyitkan ketam lalu digoreng (jgn terlalu garing). Angkat dan toskan. Tumis kesemua bahan2 yg dikisar td serta serbuk kari & kunyit sehingga naik bau / garing. Masukkan gula & garam serta udang kering. Gaul rata dan masukkan daun kari serta ketam yg telah digoreng tadi. Gaulkan rata hingga sebati, kecilkan api & masukkan kesemua hiasan td. Kacau dan tutup api lalu hidangkan panas.