Ketam Black Pepper

Ramuan / Bahan

3 ekor Ketam (ketam nipah lagi best)
2 inci Halia (dihiris halus memanjang)
3 ulas Bwg putih (dicincang)
2 ulas Bwg kecil (dicincang jugak)
1 sudu makan Lada Hitam (ditumbuk kasar)

Sos Tiram
Sos Cili (Sikit je)
Sos Black Pepper (xde pun xpe)
Gula (sikit je)
Minyak (sikit je)

Cara-cara

1) Tumis Halia, Bwg Putih & Bwg Merah sampai naik bau
2) Masukkan semua sos yang kat atas tu
3) Masukkan juga lada hitam yg dah ditumbuk
4) Masukkan ketam
5) Kacau biar sebati dan kemudian ditutup sekejap biar isi ketam masak
6) Lebih kurang 10-15 minit tu dah boleh tutup api (seafood biar masak betul..elak kolestrol)
7) GAram xyah letak sebab sos2 kat atas tu dah masin dah