Ketam Bersos Cili & Tomato

Ramuan / Bahan

2 ekor ketam
250 gm sos tomato
250 gm sos cili
125 gm cili kering (dikisar)
3 biji bawang besar (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
2 cm halia muda (dimayang) Sedikit santan pekat
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Panaskan minyak. Goreng ketam separuh masak. Angkat & toskan. Kurangkan minyak lebihan menggoreng ketam tadi. Tumis cili kering bersama bawang putih, halia & bawang besar hingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili & sedikit air. Setelah mendidih, masukkan sedikit garam & gula. Akhir sekali masukkan ketam & daun bawang. Kacau seketika & angkat.