Ketam Berlada

Ramuan / Bahan

500 gm ketam
¼ cawan minyak masak
1 biji telur, dipukul sempurna
1 tangkai daun bawang, dipotong setebal 5 sm
1 tangkai daun ketumbar, dipotong setebal 5 sm

Bahan-bahan A:
5 sm halia, dihiris
4 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris 5 biji bawang merah, dihiris
5 tangkai cili merah, ditumbuk

Bahan-bahan sos:
¼ cawan air
2 camca besar Sos Cili Manggi
1 camca teh gula
¼ camca teh minyak bijan
Secubit serbuk lada hitam

Cara-cara

Bersihkan ketam. Pisahkan kulitnya. Potong berkepingan. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan A hingga terbit bau. Masukkan ketam dan goreng sekejap. Tutup kuali 5 minit. Buka penutup dan kacau sekali lagi, kemudian masukkan bahan-bahan sos. Apabila ketam kemerahan dan hampir masak, masukkan telur dan daun bawang. Hiaskan dengan daun ketumbar dan dihidangkan panas.