Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ketam Berinti Tauhu

Ramuan / Bahan

4 ekor ketam, bertelur
3 keping tauhu basah, dihancurkan
1 biji telur, dipukul
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng Bahan-bahan dikisar dan dibahagi dua:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
10 tangkai cili kering
1 camca sedang serbuk kari

Cara-cara

Bersihkan ketam. Kopek kulitnya dan asingkan telur ketam. Ketam digoreng setengah masak. Kemudian di keluarkan isinya. Tauhu, telur ketam dan telur ayam digaul rata. masukkan sebahagian bahan kisar. Kacau rata. Kemudian masukkan ke dalam kulit ketam yang diasingkan tadi. Masak di dalam ketuhar gelombang mikro 10 minit. Apabila hendak dihidangkan keluarkan dari kulitnya.

Cara menyediakan kuah:
Panaskan minyak dan tumis sebahagian lagi bahan kisar. Kemudian masukkan asam gelugur dan biarkan garing. Apabila pecah minyak padamkan api dan angkat. Curahkan kuah diatas ketam.