Ketam Bercili Ala Bombay

Ramuan / Bahan

3 ekor ketam
1 tangkai daun kari
Sedikit cuka
0.5cm halia dihiris
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk dikisar:
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan daun kari dan hirisan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis sehingga sambal agak garing. Setelah garing masukkan ketam yang telah dibersihkan dan dibuang cengkerangnya dan digaulkan sehingga sebati. Perlahankan api dan masukkan sedikit cuka dan tutupkan kuali dengan penutup. Ketam tak perlu masak terlalu lama dan akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa (jika suka). Masakan ini tidak terlalu kering.