Ketam Berapit

Ramuan / Bahan

2 ekor ketam
150 ml minyak, untuk menumis
10 gm serbuk jintan manis
20 gm serbuk ketumbar
200 ml santan
15 gm serbuk cili
30 gm serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Bahan-bahan dikisar

100 gm bawang merah
50 gm halia
20 gm bawang putih
2 batang serai

Cara-cara

Bersihkan ketam. Ketepikan

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga kuning.

Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar. Kacau rata dan biar beberapa minit.

Masukkan santan, serbuk cili dan serbuk kunyit. Biar mendidih dan pekat, baru masukkan garam dan serbuk perasa.

Akhir sekali, masukkan ketam. Kacau hingga betul-betul masak. Angkat dan hidangkan.