Ketam Bakar

Ramuan / Bahan

10 ekor ketam
30 gm bawang putih (ditumbuk)
20 gm halia (ditumbuk)
20 gm rempah basah (ditumbuk)
15 gm serbuk kunyit
2 biji telur ayam 10 gm daun bawang
10 gm bawang goreng
Garam & gula (secukup rasa)
Minyak
Daun pisang

Cara-cara

Ketam dibersihkan, dibuangkan kulitnya. Bersihkan kulit ketam. Isi ketam direbuskan. Toskan. Campurkan bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah, halia, rempah basah, serbuk kunyit, telur ayam, daun bawang & bawang goreng. Sumbatkan bahan-bahan tadi ke dalam kulit ketam & masukkan ke dalam ketuhar.