Kerang Tumis Berempah

Ramuan / Bahan

2 sudu makan air asam jawa
2 biji buah tomato dibelah dua
1 labu bawang besar dimayang bulat
2 cawan isi kerang yang telah direbus
½ cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk separuh halus
½ cawan Kelloggs's Cornflakes diramas kasar-kasar
½ cawan sultana
½ cawan kacang peas
½ cawan minyak kacang
Garam secukup rasa 15 biji cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 cm halia
3 sm kunyit hidup
1 batang serai - dititik
1 gelas besar pati santan

Cara-cara

Cili kering, bawang merah, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan putih, halia, kunyit dan sedikit garam digiling hingga halus. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah digiling tadi hingga naik baunya. Setelah itu masukkan pati santan, sedikit gula, serai dan air asam jawa sambil kacau rata-rata. Bila telah mendidih masukkan kacang tanah, isi kerang, bawang besar, sultana dan buah tomato. Masak hingga kering. Sebelum angkat masukkan Kellogs Cornflakes dan kacang peas sambil gaulkan rata.