Kerang Goreng Berkulit

Ramuan / Bahan

1 kilo kerang 2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
Sebatang serai
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Kerang/lala dibersih terlebih dahulu. hiris bawang besar mengikut kesukaan. bawang putih pula diketuk. potong cili kering dan rendam dengan air panas sehingga lembut. panaskan minyak. tumis bawang besar,bawang putih dan cili kering tadi sehingga naik bau. masukkan kerang dan goreng sehingga betul-betul masak. titik serai dan masukkan sekali sehingga masak.