Sandwich Ayam Mayonaise

Ramuan / Bahan

1 buku roti sandwich.
2 hingga 4 ketul dada ayam (di rebus dan di racik halus)
1 biji tomato di potong bulat
1 timun di potong bulat
daun salad jika suka
mayonaise (ikut suka berapa byk hendak digunakan) garam secukup rasa
serbuk lada hitam

Cara-cara

dada ayam yg direbus di racik halus, campurkan mayonaise ikut suka berapa byk yg hendak di perlukan. letakkan sedikit garam dan juga lada hitam untuk perasa , jika hendak pedas letakkan lebih lada hitam. gaulkan bahan-bahan tadi sehingga sebati. sapukan ayam mayonaoise ke atas roti dan letakkan timun dan tomato .