Kenilau

Ramuan / Bahan

500g isi ikan putih (potong Dadu / hiris)
10 biji bawang merah (dihiris)
5 inch halia (dihiris)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
8 sudu besar cuka
1 biji lada besar yang merah (di hiris halus, juga berfungsi sebagai hiasan)
1 sudu tea gula

Cara-cara

Bersihkan isi ikan terlebih dahulu dengan air. Kemudian cuci semula dengan air suam bercampur sedikit garam. Toskan. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati. Campurkan cuka dan peram selama 30 minit.