Katlet Udang Galah

Ramuan / Bahan

2 ekor udang galah
1½ sudu makan marjerin
2 sudu makan minyak kelapa
1 sudu makan tepung gandum
1 cawan susu cair
1 biji telur
4 keping roti
1 sudu teh serbuk lada sulah Sedikit daun sadri dimayang
1 labu bawang besar dibelah empat
1 biji ubi kentang dihiris bulat dan nipis
2 ulas bawang merah ] dimayang untuk
2 ulas bawang putih ] menumis
2 hiris limau nipis
Garam dan ajinomoto

Cara-cara

Udang galah dibuang kulit dan dibersihkan. Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air, garam dan telur dan jadikan seperti tepung menggoreng pisang. Kemudian udang tadi dicelupkan ke dalam tepung tadi dan digoreng seekor demi seekor dalam kuali dengan minyak yang dicampurkan dengan marjerin. Setelah garing barulah diangkat dan diasingkan. Kemudian goreng pula ubi kentang hingga garing dan asingkan juga. Selepas itu tumiskan pula bawang merah dan bawang putih di dalam kuali yang sama. Bila kuning, masukkan sedikit air, susu cair, bawang besar, garam, ajinomoto dan lada sulah. Bila mendidih dan likat barulah dimasukkan udang galah dan ubi kentang tadi. Setelah itu barulah diangkat dan dihidangkan. Taburkan daun sadri dan perah asam limau, lalu dimakan dengan roti.