Katlet Udang

Ramuan / Bahan

250 gm udang, dibersihkan
150 gm kentang, direbus dan dilecek
1 biji bawang besar, dimayang
2 tangkai cili hijau , dimayang
1 biji telur, dipukul bersama sedikit garam 2 biji putih telur, dipukul untuk dicelup
Sedikit serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Satukan udang, kentang, bawang, cili dan telur yang bercampur garam. Gaul sebati. Bulat-bulatkan adunan dan celup di dalam putih telur serta golekkan di atas serbuk roti. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bebola udang hingga kuning.