Kalio Udang

Ramuan / Bahan

Minyak untuk menumis
4 gelas santan
15 ekor udang besar
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
25 gm gula pasir
Air asam jawa
8 biji bawang merah-dikisar lumat
4 ulas bawang putih-dikisar lumat 4 biji cili merah-dikisar lumat
4 biji cili hijau-dikisar lumat
8 biji kemiri-dikisar lumat
2 cm lengkuas-dikisar lumat
2 cm kunyit hidup-dikisar lumat
2 batang serai-dikisar lumat
½ camca besar ketumbar-dikisar lumat
Lada putih secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan wangi. Masukkan santan dan kacau hingga rata. Biar sebentar. Masukkan udang, daun kunyit, daun limau putut, garam, gula dan air asam jawa. Biar ia masak hingga kuah pekat dan angkat.