Gulai Siput

Ramuan / Bahan

½ kg siput (dipotong ekor)
½ inci lengkuas (dikisar halus)
½ inci kunyit hidup (dikisar halus)
1 ulas bawang besar (dikisar halus) ½ kg santan
20 batang daun kesum
Sedikit garam sebagai perisa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan santan dan kacau sehingga rata. Masukkan garam sebagai perisa dan tunggu sehingga mendidih. Santan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak. Angkat setelah santan agak pekat dan hidangkan.